MURTAD.....Inilah tiga orang Artis wanita Indonesia yang murtad.......Nahuzubillah Minzalik ISU murtad bukan hanya di Malaysia, tapi turut berlaku di Indonesia. Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga artis mereka dikatakan telah menukar agama atau murtad. Salah seorang daripada artis tersebut dikatakan penyanyi. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kekasih Yang Tak Dianggap' itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa. “Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje. Yang kedua pula adalah artis yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Cerita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu. Pengurus kepada Rianthi enggan mengesahkan perkara tersebut, sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja. Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama. Artis paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani. Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi. Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya. Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno. Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan saja berbanding di Negara Malaysia jadi persoalannya apa hukumannya dalam Agama Islam adakah kaedah sebegini halal atau haram disisi Islam dan yang menjadi penaran nanti ialah anak-anak mereka agama mana satu yang mereka mahu anuti. |
Kamis, 07 November 2013
TIGA ARTIS WANITA INDONESIA MURTAD
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar